21November2017

Zakaria dan Ahmad Tifli dirujuk kepada Panel Siasatan Dalaman FGV

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures (FGV) Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Ahmad Tifli Mohd Talha akan dirujuk kepada Panel Siasatan Dalaman.
 
Kedudukan mereka akan diketahui selepas proses itu yang dijangka ambil masa dua bulan.
 
Keputusan itu dibuat oleh Lembaga Pengarah FGV selepas menilai jawapan mereka kepada surat tunjuk sebab berhubung isu berkaitan dengan hutang tertunggak Safitex Trading LLC kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd. 
 
Kedua-dua Zakaria dan Ahmad Tifli pada masa ini sedang bercuti.
 
 Menurut FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Isnin lembaga pengarah juga memutuskan untuk menghantar nota peringatan kepada Zakaria bagi mengingatkan beliau bahawa semasa bercuti, beliau masih kakitangan FGV dan terikat dengan kod tata laku dan etika perniagaan syarikat bagi kakitangan. 
 
FGV juga berkata semasa proses siasatan itu, lembaga tidak akan mengulas dan/atau campur tangan berhubung perkara itu. 
 
"Lembaga hanya akan membuat pengumuman yang perlu apabila panel telah menyerahkan keputusannya kepada lembaga dan satu resolusi telah dicapai. Proses ini dijangka mengambil masa kira-kira dua bulan," menurut syarikat itu. - 3/7/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 581  tetamu dalam talian