14Disember2018

Zahid ulangi kerjasama UMNO-PAS cuma atas isu…

Ekoran usaha berterusan untuk kelirukan orangramai mengenai hubungan UMNO-PAS, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi telah memperjelaskan lagi bahawa kerjasama antara kedua parti hanya terhad kepada isu isu semasa dan tidak timbul soal hendak bergabung.
 
Ketika bercakap soal itu dalam ucapan di program Jelajah Presiden bersama kepimpinan dan ahli UMNO Wilayah di PWTC di PWTC Sabtu,beliau meminta wartawan yang hadir menulis kenyataan beliau dengan betul.
 
Isu berkenaan dimainkan oleh sesetengah media ekoran ucapan beliau di perhimpunan perpaduan ummah di Pasir salak pada 17 November lalu yang menyebut mengenai percantuman UMNO dan PAS.
 
“Kita bukan nak bergabung…konon kita nak kolobrasi…kolobrasi atas isu,”katanya.
 
Sambil menyifatkan PAS sebagai teman sejati baru UMNO,Zahid bertanya apa salahnya kedua parti berkerjasama.
 
“Dalam politik tidak ada rakan dan musuh yang kekal,”katanya.
 
Beliau memberitahu sebelum ini ahli UMNO diajar untuk membenci DAP dan PKR.
 
Tanpa menyebut sebarang nama,beliau berkata sebaliknya sekarang mereka yang ‘ cium mulut’ dengan DAP dan PKR.
 
“Dia boleh ..kita tak boleh,”katanya.
 
Beliau dipercayai merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan partinya PPBM.
 
Zahid anggar kini 3 juta ahli masih kekal bersama UMNO setelah tolak ‘ lalang dan langau’.
 
Dalam pada itu Zahid beri jaminan pimpinan UMNO akan berusaha memastikan parti tidak terkubur menerusi jalan perundangan jika ada langkah itu diambil.
 
“InsyaAllah ada jalan (pertahankan UMNO) ….”,tegasnya.
 
Katanya UMNO semasa berkuasa dulu tidak pernah mengharamkan mana mana parti lawan.
 
Serentak dengan itu beliau mengingatkan musuh parti agar berentap dengan UMNO atas padang yang sama rata dan tidak mengunakan kuasa kerajaan.
 
“Kalau nak bertarung…bertarunglah betul betul dalam gelanggang sebagai anak jantan bukan jadi pondan pondan politik.
 
“Ini bekukan akaun..ini nak rampas…ini nak bubarkan…apa benda ini,”katanya.
 
Zahid mengajak seluruh ahli UMNO bersatu semangat berusaha perkukuhkan balik parti.- 24/11/2018
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 523  tetamu dalam talian