15November2018

Zahid tidak berganjak...

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi telah memberi reaksi ringkas tetapi tegas menerusi twitter beliau pada petang Jumaat terhadap cadangan Pemuda UMNO Malaysia agar beliau timbang untuk bercuti dari jawatan Presiden UMNO sehingga kes mahkamahnya selesai.

Dari ayatnya pada twitter itu jelas beliau tidak berganjak untuk terus dengan khidmat memimpin parti.

Beliau ucap terima kasih kepada Pemuda UMNO atas pandangan yang diberi dan kata beliau meraikan kelelbagaian pendapat.

Serentak dengan itu beliau mengajak semua ahli UMNO terus bergerak bersama untuk menentang musuh yang mahu menghancurkan UMNO.

“Terima kasih di atas pandangan PPUM @PPUMOnline saya raikan kepelbagaian pendapat. Namun yang penting marilah kita terus bergerak bersama untuk menentang musuh yg mahu menghancurkan #UMNO. #umnobangkit #prayforumno,”katanya di twitter itu.- 26/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 551  tetamu dalam talian