19Ogos2018

Zahid kata setakat ini tidak tahu samaada orang lain nak tanding Presiden UMNO…

Apakah spekulasi mengatakan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bakal ditentang untuk jawatan Presiden UMNO pada pemilihan kali ini akan jadi satu realiti?
 
Ini terus menjadi tandatanya yang berlegar ketika nama bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah disebut-sebut mungkin masuk.
 
Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu setakat ini masih belum beri sebarang indikasi yang konkrit kecuali kata beliau sedang timbang hal itu.
 
Namun Zahid yang ditemui wartawan selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Majlis Tertinggi UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad ,malam mengambil sikap terbuka  dalam soal  kemungkinan ada cabaran.
 
Katanya ini  selaras dengan komitmen dizahirkan beliau serta Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa semua jawatan terbuka untuk dipertandingkan.
 
Apapun katanya setakat  ini beliau tidak tahu menahu samaada nama-nama lain yang telah menyatakan kesediaan untuk turut bertanding jawatan Presiden parti.
 
"Kita tidak tahu sebab belum tutup (penamaan calon), tutup pada 17 Jun, baru dibuka tiga hari,”katanya.
 
Zahid sudah pun menghantar surat pencalonan beliau untuk jawatan Presiden UMNO pada Jumaat.- 3/6/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 464  tetamu dalam talian