22September2018

Zahid beri keterangan SPRM esok mengenai yayasan amal milik keluarganya…

Kalau tidak tahu latarbelakang...bunyinya memang sensasi.Baru sehari pegang jawatan Presiden UMNO sudah dipanggil untuk beri keterangan mengenai SPRM.
 
Begitulah halnya dengan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang mengesahkan beliau akan ke pejabat SPRM esok Isnin untuk beri keterangan mengenai sebuah yayasan milik keluarganya sendiri.
 
Beliau nampak relaks saja ketika ditanya mengenai laporan media seorang bekas menteri kanan dipanggil beri keterangan mengenai yayasan itu semasa sidang akhbar pertama sebagai Presiden UMNO di PTWC pada Ahad.
 
"Keterangan yang saya akan beri (ialah) mengenai sebuah yayasan yang dipunyai oleh keluarga saya sendiri," katanya.
 
"Tujuannya (yayasan) itu ialah melakukan amal jariah pembinaan masjid, maahad tahfiz dan beberapa aktiviti kebajikan lain bagi mengikut hukum syariah seperti sedekah infak dan lain-lain.
 
"Wang yang terdapat dalam yayasan itu datang daripada sumbangan saya sendiri dan beberapa kawan yang mahu melakukan amal jariah," jelas beliau.
 
Zahid berkata beliau akan beri kerjasama penuh kepada SPRM dalam hal berkenaan.
 
Laporan media mengenai isu itu mendakwa seorang bekas menteri  yang merupakan pengerusi yayasan tersebut, disyaki menggunakan sejumlah RM800,000 dana yayasan itu untuk membayar kad kredit miliknya dan isterinya.

Sementara itu Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali ketika ditemui wartawan di Kuala Lumpur Ahad berkata nama Zahid tidak dimasukkan dalam senarai nama yang dikenakan sekatan keluar negara.
 
"Saya sudah menyemak perkara ini dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan tiada arahan untuk menyenaraihitamkan nama beliau daripada ke luar negara," katanya.- 1/7/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 480  tetamu dalam talian