21November2017

We’re Sorry'...kata portal berita The Independent,Singapura pasal berita tidak benar

Setelah bikin sensasi tak tentu pasal dakwa Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru  abai untuk merawat seorang warga Singapura,portal berita  The Independent di republik itu telah memohon maaf.
 
Portal berkenaan telah tarik keluar artikel yang membawa dakwaan itu dan gantinya dengan artikel bertajuk 'We’re Sorry'.
 
Katanya ia memohon maaf kepada semua pihak berkenaan atas kesulitan yang timbul dari insiden ini.

Ia merujuk kepada artikel disiar pada 31 Ogos lalu bertajuk “25-year-old Singaporean dies  after Malaysian hospital demanded cash payment before treatment” .- 3/9/2017
 

 
 
Dakwaan enggan rawat :Kementerian Kesihatan akan hantar surat rasmi tak puashati kepada kerajaan Singapura
 
Apa yang berlaku dalam kes ini adalah contoh amat jelas bagaimana satu laporan yang tidak betul boleh menjejaskan imej negara.
 
Dalam pada itu ia bukan berpunca dari media arus perdana sebaliknya cuma sebuah portal berita kecil di Singapura,The Independent.
 
Siapa yang tidak jadi marah dengan cerita portal itu kononnya Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru lewat memberikan respons sehingga 30 minit terhadap laporan kemalangan membabitkan seorang rakyat Singapura pada 25 Ogos lepas.
 
Bukan setakat itu ia mendakwa pihak HSA menuntut sejumlah wang deposit daripada keluarga mangsa sebelum membenarkan sebarang rawatan dijalankan.
 
Kejadian melibatkan Justinian Tan yang meninggal dunia akibat kemalangan langgar dan lari membabitkan sebuah kereta Proton Saga ketika beliau dan lima rakannya sedang menuju ke kenderaan mereka selesai menjamu selera kira-kira 3 pagi hari itu di Johor Bahru.
 
Laporan portal itu nyata tidak benar.Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikanya.
 
Sabtu Menteri Kesihsatan Datuk Seri Dr Subramaniam turut mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab portal tersebut kerana segala yang dilaporkan portal berkenaan adalah suatu yang tidak berasas.
 
"Perkara pokoknya, ambulans sudah dihantar serta-merta. Tuduhan menyatakan kakitangan hospital enggan membuat rawatan jika bayaran tidak dibuat juga tidak berasas berikutan rawatan kecemasan sudah diberikan kepada mangsa sebelum ketibaan waris dan anggota keluarga dari Singapura," katanya.
 
Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Kluang beliau memberitahu Kementerian Kesihatan akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan Singapura bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung penyiaran berita tanpa fakta sebenar mengenai perkhidmatan kesihatan dan warga perubatan negara ini oleh sebuah portal berita di republik itu.
 
Katanya surat itu akan dihantar dalam masa terdekat selepas pihaknya berbincang dengan bahagian perundangan kementerian dan Kementerian Luar.
 
"Surat kepada kerajaan Singapura itu (akan) menyatakan mengenai perasaan dan pandangan kita terhadap apa yang dilakukan portal terbabit.
 
"Selepas itu terpulang kepada kerajaan Singapura mengenai apa yang perlu dilakukan mereka," katanya.- 2/9/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1279  tetamu dalam talian