19Ogos2017

Wartawan Sarawak Report ganggu program Rosmah di London

Kurang ajar dan biadab... itu kesimpulan yang boleh dibuat berikutan tindakan wartawan portal pro pembangkang yang beroperasi dari London Sarawak Report  mengekori dan mengganggu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mengecam tindakan tersebut berkata ia menunjukkan ketidaksopanan dan tidak beradab Sarawak Report.

Datuk Dr Dr Salleh Said Keruak berkata warga Sarawak Report bersikap kurang sopan dan hakikat bahawa mereka merasa mempunyai hak berbuat demikian menunjukkan mereka adalah golongan kelas bawahan.

“Kita jangkakan mereka yang dikatakan bertamadun di England akan sekurang-kurangnya menunjukkan rasa hormat kepada isteri perdana menteri negara luar tetapi nampaknya diplomasi hanya untuk orang mereka sahaja.

“Mereka melaungkan dakwaan palsu dengan menyatakan kebebasan akhbar membolehkan mereka berkata apa saja.

“Mereka kemudian bertanya kepada Rosmah mengapa pergi ke United Kingdom (UK) jika tidak mahu diekori,” kata Salleh dalam blognya, sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Beliau juga menjelaskan Sarawak Report enggan menyiarkan akaun mereka atau mendedahkan sumber dana yang diperoleh yang menunjukkan mereka sendiri tidak telus tetapi pada masa sama menuduh pihak lain.

Sarawak Report telah melemparkan beberapa tuduhan terhadap Rosmah yang ketika ini sedang melawat UK.

Penaung Permata Negara itu kini berada di UK untuk lawatan tujuh hari sejak Khamis hingga 10 Mei ini bagi meluaskan program Permata.-9/5/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 722  tetamu dalam talian