21Oktober2018

UMNO tolak sebarang cubaan hina, perlekeh Institusi Raja

UMNO menolak sebarang percubaan jahat yang menghina dan memperlekehkan Institusi Raja-Raja Melayu, sekali gus bertujuan menghakis rasa taat setia rakyat.
 
Melahirkan kebimbangan terhadap penularan kebiadapan terhadap Raja-raja Melayu dalam kalangan individu dan pihak tertentu yang berselindung atas nama hak kebebasan bersuara, Umno mahu langkah-langkah pencegahan diambil terhadap sebarang tindakan provokatif yang menolak prinsip taat setia kepada Raja supaya prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara terus dipelihara.
 
"Jangan cuba-cuba mengheret rakyat jelata untuk tidak lagi menghormati dan mendaulatkan Raja-raja yang menjadi lambang demokrasi raja berperlembagaan di negara ini," demikian kenyataan Unit Komunikasi Strategik parti itu Rabu.
 
UMNO juga mahu kerajaan Pakatan Harapan bertegas dalam hal itu dan tidak mengambil sikap berdiam diri, serta telus mengekalkan sebarang peruntukan dalam Perlembagaan, terutamanya yang berdasarkan semangat kontrak sosial.
 
Dalam kenyataan itu, UMNO menjunjung kasih dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara baharu, yang sebelum ini mendapat bantahan banyak pihak.
 
Semalam, Seri Paduka memperkenan pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Sultan Muhammad V turut menitahkan semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Thomas tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama.-6/6/2018
 
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 469  tetamu dalam talian