10Disember2018

UMNO tinggal 48 Ahli Parlimen…Rozman Labuan umum masuk Warisan

 
Ahli Parlimen BN Labuan dari UMNO Datuk Rozman Isli pada Khamis umum beliau keluar daripada UMNO dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).
 
Langkah terbaru ini menjadikan Ahli Parlimen UMNO kini tinggal 48 orang dari asalnya 54.
 
Dalam satu kenyatan Ketua UMNO Bahagian Labuan itu kata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira masa depan Wilayah Persekutuan Labuan pada masa akan datang.
 
“Hubungan dengan Sabah harus lebih rapat dan jitu kerana usaha itu adalah wajar untuk pembaharuan yang bermula dengan Ahli Parlimen Labuan datang dari sebuah parti yang berpusat di Sabah.
 
Sebelum ini lima Ahli Parlimen BN keluar UMNO atas pelbagai alasan.- 11/10/2018
 
 
 
Ahli Parlimen Labuan pula dikatakan nak keluar UMNO…
 
 
Ahli Parlimen BN kawasan Labuan Datuk Rozman Isli pula dikatakan akan keluar UMNO.
 
Beliau dijangka akan buat kenyataan esok Khamis.
 
Sumber terdekat dengan Rosman yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan dakwa beliau nak ambil langkah berkenaan demi masa depan pembangunan pulau itu dan bukan kerana ada masalah dengan UMNO.
 
Ikut ceritanya beliau mungkin akan sertai Parti Warisan.
 
Jika benar ini bermakna nanti UMNO akan tinggal 48 Ahli Parlimen sahaja dari asal 54 orang.- 10/10/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 334  tetamu dalam talian