12Disember2018

UMNO mahu MARA kekal dibawah seliaan satu kementerian..- Zahid

Majlis Tertinggi UMNO menentang keras sebarang usaha Kerajaan Pakatan Harapan untuk merombak core-business MARA melalui konsep “pengasingan dan penyerapan” ke bawah beberapa kementerian seperti Kementerian Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kementerian Pelajaran.
 
UMNO dapat menghidu jika formula ini dilaksanakan ; ia sebenarnya jalan menuju kepada fasa penutupan dan pemansuhan MARA yang selama ini telah banyak berjasa dalam pembangunan Melayu dan Bumiputera di seluruh negara 
 
Kerajaan Pakatan harus sedar bahawa MARA terwujud mengikut Akta Parlimen pada tahun 1966. Ia telah dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat. UMNO amat dukacita jika sebarang rombakan ini dilaksanakan tanpa merujuk dan dibawa semula ke Parlimen.
 
MARA tidak wajar menjadi mangsa kekejaman politik atau politik balas dendam. MARA terbentuk dari resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama pada 1965 yang mahukan agenda perjuangan Bumiputera diperjuangkan. Bermula dari RIDA, kemudian lahirnya MARA dan sehingga detik ini genaplah 52 tahun agensi ini menabur bakti terhadap masyarakat Bumiputera.
 
UMNO percaya usaha memecah-kecilkan MARA dan diletakkan dalam pelbagai kementerian akan menyukarkan MARA mencapai matlamatnya membantu Melayu dan Bumiputera.
 
UMNO mahu kerajaan mengekalkan MARA sebagai satu agensi amanah Bumiputera yang dapat meneruskan perjuangan seperti yang dihasratkan oleh Kongres Bumiputera menerusi seliaan satu kementerian.
 
UMNO berharap kerajaan harus bertindak rasional menjaga kepentingan awam dengan mengekalkan agensi yang selama ini menjadi nadi kepada ekosistem masyarakat akar umbi. UMNO tetap akan mempertahankan MARA demi rakyat.
 
Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO
Kuala Lumpur
28 Julai 2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 536  tetamu dalam talian