19Oktober2017

Umat Islam jadi sasaran serangan pengganas di London

Sekurang-kurangnya 10 cedera selepas sebuah van putih melanggar jemaah Masjid Finsbury Park di utara London, United Kingdom.

Seorang lelaki ditahan berhubung kejadian itu dan saksi kejadian menceritakan bahawa pasukan polis memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa yang terlibat dalam insiden yang berlaku pada pukul 12.20 pagi Isnin di Jalan Seven Sister, Finsbury Park.

Rata-rata mangsa dipercayai baru sahaja selesai menunaikan solat terawih di Masjid Finsbury Park.

Polis mengklasifikasikan serangan itu sebagai insiden besar dan berkata, seorang indvidu ditahan dan beberapa ambulans telah dihantar ke tempat kejadian.

Seorang saksi memberitahu BBC: "Ada sebuah van putih berhenti di luar kawasan masjid dan kelihatan sudah melanggar beberapa orang yang keluar dari masjid itu sebaik mereka habis solat."

Lembaga Muslim Britain menulis di Twitter: "Kami dimaklumkan ada sebuah van melanggar jemaah yang keluar dari Masjid #FinsburyPark. Doa kami ditujukan buat mangsa."

Polis Metropolitan dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, pihak polis menerima panggilan selepas pukul 12.20 pada 18 Jun untuk melaporkan mengenai kejadian itu.

"Pegawai kami berada di lokasi kejadian bersama perkhidmatan kecemasan.

"Terdapat beberapa nahas berlaku.-19/6/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 922  tetamu dalam talian