17Januari2018

Tuan Ibrahim ulas kes Mahfuz... buah busuk jatuh sendiri

“(Buah) harumanis bila dah busuk, dia jatuh sendiri" itu antara petikan di laman facebook Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dipercayai mengulas kes Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar umum keluar PAS.

Harumanis adalah buah mangga asal Perlis yang mana kulisnya hijau tapi isi dalam berwarna oren.

Ia selalu dijadikan perlambangan pemimpin PAS yang cenderung kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan serpihan PAS.

Menurut Tuan Ibrahim ‘harumanis’ akan jatuh sendiri ke tanah apabila tidak dipedulikan pemiliknya.

“Harumanis bila dah busuk, dia jatuh sendiri dan pada waktu itu sekupang pun orang tak tak mahu beli,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengumumkan untuk meninggalkan PAS selepas lebih 20 tahun berada dalam parti itu.

Berdasarkan isi kandungan surat kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, Mahfuz berkata, pemberhentian sebagai ahli PAS berkuat kuasa 11.59 malam pada Ahad.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata, beliau belum memutuskan parti mana yang akan disertainya.

“Jangan jadi seperti ayam betina, bila bertelor dia sendiri terkejut dengan telornya, riuh sekampung. Namun tiada siapa pun peduli kecuali jenis ayam juga,” jelas Tuan Ibrahim lagi.-2/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 725  tetamu dalam talian