26Julai2017

TPM Zahid kata tempoh permohonan kad sementara PATI tidak akan dilanjutan...

Kalau ada majikan yang berharap kerajaan akan tunduk kepada desakan dan rungutan agar melanjutkan tempoh tempoh permohonan kad sementara (E-Kad) kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas tempoh permohonan itu tamat Jumaat tengah malam...lupakanlah.
 
Ekoran tamat tempoh itu,Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali sudah ' tutup pintu' tidak akan lanjutkan tempoh yang bermula sejak 15 Februari lalu.
 
Sabtu,Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri tegas kata kerajaan tidak akan lanjutkan tempoh itu.
 
"Kita sudah beri tempoh secukupnya. Kalau ada persatuan majikan mohon lanjutan (program E-Kad), kita tidak akan lanjutkan," katanya dalam sidang akhbar di rumah terbukanya di Putrajaya. 
 
Menurutnya kerajaan  tidak sekat mereka mencari rezeki yang halal di negara ini tetapi majikan dan pekerja harus bertanggungjawab.
 
Zahid kata walaupun hanya 23 peratus PATI yang sudah memohon E-Kad, tindakan tegas mengikut Akta Imigresen 1959/63 terpaksa dilakukan.

Selain itu Timbalan Perdana Menteri menafikan laporan agensi berita Jepun bahawa Malaysia telah menghentikan pengeluaran permit kerja untuk warga Korea Utara.

Katanya tiada sebarang arahan dikeluarkan berhubung perkara itu.

"Berita itu adalah tidak benar dan tiada sebarang arahan dikeluarkan," katanya.
 
 Pada Khamis lepas, sebuah agensi berita Jepun, Kyodo News, melaporkan Malaysia menghentikan pengeluaran permit kerja untuk warganegara Korea Utara, susulan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu, Kim Jong-un.

Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menunggu penerbangan ke Macau pada 13 Feb lepas.- 1/7/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 721  tetamu dalam talian