13November2018

TPM Zahid buka cerita jawab dakwaan pasal isu mesyuarat agong PPBM….


Siapa saja yang nak tuduh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) konon sengaja lengah proses pendaftaran Pakatan Harapan harus renung muka pada cermin.

Malah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi menyifatkan ‘ jahil’ jika tuduh ROS begitu.

Ditanya soalan mengenai isu mesyuarat agung tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 30 Disember lalu,beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ROS terima 249 aduan dari ahli-ahli PPBM sendiri pasal mesyuarat itu.

Katanya dari jumlah itu ROS dapati 47 aduan ada kaitan dengan percanggahan perlembagaan parti itu.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas satu mesyuarat di pejabatnya di Putrajaya Selasa beliau memberitahu pihak ROS telah mengeluarkan surat pengesahan pada pemilihan semula jawatan Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP semalam Isnin.

Ini berdasarkan kenyataan ROS pada Sabtu bahawa pemilihan semula itu penuhi semua syarat yang ditetapkan oleh ROS.

Katanya bagaimanapun untuk PPBM pihak ROS terpaksa meneliti 249 aduan yang diterima dari ahli-ahli PPBM sendiri mengenai AGM parti itu dimana 47 adalah berkaitan percanggahan perlembagaan parti.

Zahid menegaskan ROS menjalankan tugas secara professional dan mereka tiada kepentingan dalam mana-mana pertubuhan politik.

Tanpa menyebut nama tetapi jelas merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad,beliau berkata seorang tokoh yang pernah mengetuai sebuah kerajaan harus tahun pada zamannya pun peraturan sama digunakan.

“Maka ROS jangan  pernah dipersalahkan jika mana-mana pemimpin tidak ikuti perlembagaan parti yang mereka sendiri tentukan.

“Jadi amatlah berlaku kejahilan jika menuding jari pada pihak lain sedangkan kejahilan itu dilakukan oleh pihaknya sendiri ,”katanya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri ini termasuk menghantar perwakilan ke mesyuarat agong sedangkan tidak dipilih oleh bahagian-bahagian berkenaan.

Selain itu perwakilan bahagian pun tidak dipilih diperingkat cawangan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

“ROS tidaklah sejahil dan selembab sebagaimana dituduh oleh orang berkenaan,”katanya.

Ditanya lojiknya kalau isu PPBM tidak beres ini bermakna ROS tidak boleh luluskan pendaftaran Pakatan Harapan?

Zahid jawab ringkas..” belum sampai ke peringkat itu lagi..”.-6/2/2018 – OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1064  tetamu dalam talian