16Disember2017

TPM gesa peserta MANTAP berkempen untuk BN pada PRU14

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesa semua peserta program MANTAP untuk turut serta bersama BN dalam berkempen dan memberikan penerangan kepada orang ramai mengenai polisi dan dasar dibawa oleh kerajaan pada pilihan raya umum nanti.

“Kita kerahkan mereka untuk bersama dengan BN diseluruh 222 kawasan supaya mereka turut bergerak dengan jentera BN,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Zahid memberi peringatan kepada peserta MANTAP supaya bekerja bukan demi semata-mata kerana elaun.

“Kita bekerja bukan kerana elaun, tapi untuk menangkan calon-calon BN,” kata beliau semasa majlis penutup program Internship Barisan Nasional (MANTAP) Siri Ke-7 di Parlimen pada Rabu.

Beliau sebelum itu, mengingatkan semua bahawa tidak boleh ada banyak nakhoda dalam satu bahtera kerana ia hanya akan menyebabkan kecelaruan.

Timbalan Perdana Menteri berkata perumpamaan tersebut juga wajar dijadikan tauladan dalam berpolitik dimana kesetiaan kepada pemimpin amat penting dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi itu.

“Kita juga harus tahu di dalam bahtera pelayaran yang jauh dalam politik perlukan daya tahan kuat.

“Bila bahtera dinakhodai pemimpin utama, jangan ada dua tiga nakhoda, cukup satu sahaja… ada bahtera yang ada enam nakhoda, bukan setakat tunggang langgang tapi juga tidak ada hala tuju,” katanya.

Zahid menjelaskan kelasi-kelasi perlu memainkan peranan untuk membantu nakhoda dalam melayari bahtera politik agar dapat sampai ke destinasi.

Menurut beliau lagi, Barisan Nasional merupakan sebuah parti yang lama dan banyak pemimpin yang datang dan pergi namun dasar parti perlu terus dimantapkan demi memastikan ia relevan dengan peredaran zaman.

“Kita tahu ada yang beranggapan bahawa BN sejak 1974 adalah parti lemah.

“Biar pun kita parti lama, pemimpin dan pergi tapi dasar tetap dimantapkan, metedologi kepada khayalak pada orang ramai berbeza, agenda-agenda baharu juga dipersembahkan kepada khayalak ramai,” katanya lagi.-30/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1097  tetamu dalam talian