19Ogos2018

Tok Pa cuma timbang tanding jawatan MT UMNO saja...

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesahkan tidak akan menjadi calon bagi jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan agung UMNO hujung bulan ini.
 
Sebaliknya Ahli Parlimen Jeli itu sedang mempertimbangkan untuk mempertahankan jawatan sebagai Ahli Majlis tertinggi (MT) sahaja.
 
“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi semangat supaya bertanding dalam UMNO dan saya sudah berbincang serta maklumkan bahawa saya tidak ada kemampuan fizikal, kewangan, stamina dan semangat untuk bertanding jawatan-jawatan tertinggi.
 
“Saya sedang pertimbang kemungkinan akan bertanding bagi jawatan MT, tapi belum lagi mendaftar sebagai calon,” katanya  malam tadi dipetik Bernama.
 
Beliau yang dikenali Tok Pa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan sesetengah penyokong terutama anak muda negeri itu yang mahukan belau bertanding jawatan kanan dalam UMNO.
 
Berikutan itu, spekulasi bahawa beliau bakal bertanding sekurang-kurangnya jawatan Timbalan Presiden terjawab.
 
Pada masa sama, Mustapa menegaskan UMNO perlu bangkit sebagai parti yang lebih kuat selepas pemilihan itu nanti dan ia bergantung kepada individu-individu yang diberi amanah sebagai pimpinan baru.
 
“Yang penting parti perlu lebih kukuh, kita tak mahu UMNO lemah selepas diadakan pemilihan.
 
“Selepas pemilihan kalau UMNO lemah maka tamatlah riwayat kita,” katanya lagi.- 8/6/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 540  tetamu dalam talian