21November2017

“Tidak ada seorang pun daripada kamu memalukan negara,” - TMJ

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbangga dengan pemain bola sepak negara walaupun kalah dengan Thailand malam ini.

Tengku Mahkota Johor (TMJ) itu berjumpa sendiri dengan para pemain di bilik persalinan dan bersalaman dengan mereka.

“Saya ada dua emosi satu kecewa dengan kekalahan dan satu lagi bangga dengan kamu semua (pemain) kamu adalah aset akan datang.

“Tidak ada seorang pun daripada kamu memalukan negara,” ujarnya dalam rakaman video rasmi Facebook FAM.

Menurut TMJ, kesemua pemain muda negara itu sudah berkorban untuk negara dan mengucapkan terima kasih kepada semua.

Bagaimanapun, beliau mahu mereka menjadikan kekalahan itu sebagai pengajaran dan senjata untuk memperbaiki mutu persembahan pada masa depan.

Sebelum itu, pada masa rehat separuh waktu pertama, TMJ juga turun ke bilik persalinan memberi kata-kata semangat kepada pemain.

Pasukan Malaysia tewas kepada pasukan Thailand dalam Sukan SEA Ke-29 malam tadi pada pelawanan akhir di Stadium Shah Alam.-30/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1247  tetamu dalam talian