15Ogos2018

Dr Mahathir angkat sumpah PM malam ini…

 
KEMASKINI : Majlis angkat sumpah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh akan berlangsung di Istana Negara jam 9.30 malam ini.
 
Sebelum itu pada sekitar jam  5 petang beliau bersama para pemimpin Pakatan Harapan dilihat memasuki Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. 
 
 

 
BERITA SEBELUM INI: Tiada upacara mengangkat sumpah diadakan hari ini - Istana Negara 
 
Tiada upacara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan di Istana Negara hari ini.
 
Sumber daripada Istana Negara memberitahu Bernama upacara itu tidak akan diadakan pada hari ini seperti yang ditular di media sosial.
 
Beliau berkata pihak Istana Negara akan memaklumkan sekiranya sudah memperoleh maklumat terkini mengenai majlis berkenaan.
 
"Memang hari ini belum ada majlis mengangkat sumpah lagi. Jika ada info selepas ini pihak istana akan maklumkan."
 
"Setakat ini tiada maklumat bila (ia akan diadakan). Pastinya bukan hari ini, malam ini pun bukan," kata sumber berkenaan.
 
Sekumpulan anggota media tempatan dan antarabangsa serta beberapa penyokong kerajaan Pakatan Harapan menunggu di luar kawasan berhampiran Istana Negara sejak pukul 8 pagi tadi.
 
Menerusi maklumat yang diterima sebelum ini daripada beberapa sumber, Tun Dr Mahathir Mohamad, 92, dijangka mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh susulan kejayaan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 semalam.
 
Pakatan Harapan, gabungan empat parti politik pembangkang diketuai Dr Mahathir menang besar pada pilihan raya kali ini, menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun.
 
Dr Mahathir juga merupakan perdana menteri keempat dan merupakan orang yang sama mengetuai kejayaan BN dalam pilihan raya umum lima penggal berturut-turut dari 1982 hingga 1999.- 10/5/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 613  tetamu dalam talian