15Disember2017

Tiada siapa boleh goncang hubungan PM-TPM…

Jarang senario seumpama ini…Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi hadir serentak di majlis perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah di Alor Gajah petang Ahad.

Seramai 5,000 orang ahli UMNO hadir pada majlis yang meriah itu.UMNO Bahagian Masjid Tanah diketuai Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Pada ucapan perasmian antara lain menegaskan tiada siapa yang boleh goncang hubungan beliau dengan Zahid.

Ini dipercayai merujuk kepada fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad kononya Zahid jumpanya pada Ogos 2015 minta bantuan guling Najib.

Kata Perdana Menteri beliau tidak perlu menoleh ke belakang apabila melaksanakan tugasnya sebagai perdana menteri kerana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada  Zahid.

Beliau berkata hubungan rapat yang dijalin dengan  Zahid bukan sehari dua sebaliknya bermula sejak tahun 1986 lagi dan ramai yang tidak mengetahui apa yang telah dilalui mereka berdua.

“Tiada orang tahu berapa kali kami pergi kursus bersama duduk dalam sebuah dormitori bersama, tiada orang tahu susah senang  Zahid di Bagan Datuk yang mana saya sebagai Ketua Pemuda UMNO dulu saya beranikan diri berkempen untuk Zahid.

“Bila ada percubaan nak goncang keyakinan saya dengan Ahmad Zahid, saya ulangi keyakinan saya kepada Ahmad Zahid, supaya tidak boleh dipertikai oleh sesiapa”, katanya.

Beliau berkata hubungan tidak formal yang merujuk kepada hubungan erat terjalin antara individu di luar daripada hubungan formal dalam parti atau organisasi tertentu akan membolehkan mereka yang terlibat bertahan lama dalam politik.

Dalam pada itu Najib berkata langkah membuka pemilihan Presiden UMNO kepada lebih 165,000 anggotanya pada 2013 merupakan bukti nyata bahawa UMNO bukan miliknya seorang berbeza dengan zaman kepimpinan Dr Mahathir .

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata pada zaman kepimpinan Dr Mahathir, bekas perdana menteri itu menggunakan mekanisme ‘undi kuota dan undi bonus' setiap kali tiba pemilihan parti untuk kekal berkuasa.

"Masa saya jadi Presiden UMNO, saya mansuhkan (undi kuota dan undi bonus) malah nasib saya, saya serahkan kepada lebih 165,000 ahli UMNO seluruh negara serentak yang mana lebih 165,000 ahli UMNO ini tidak boleh dibeli sesuka hati.

"Akhirnya saya menang tanpa bertanding, (membuktikan) UMNO sokong secara terbuka kepimpinan saya, bukti UMNO bukan milik saya tetapi milik semua ahlinya," katanya.UMNO menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif apabila pindaan perlembagaan parti diluluskan pada 2009 yang antara lain meningkatkan jumlah perwakilan untuk pemilihan jawatan tertinggi parti dan jawatan peringkat bahagian selain menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan parti.

Najib berkata Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan presiden UMNO bukan kerana beliau seorang pemimpin yang popular, sebaliknya kerana tindakannya 'mengunci' kepimpinan tertinggi parti dengan 'undi kuota' dan 'undi bonus'.

"Pada pemilihan UMNO 1987, dia (Dr Mahathir) bertanding melawan Tengku Razaleigh (Hamzah), dia menang dengan 43 undi sahaja, walaupun saya rapat dengan Tengku Razaleigh tetapi saya letak prinsip wala' (kesetiaan).

"Masa itu, saya Ketua Pemuda UMNO dan Tun M (Dr Mahathir) ketua saya maka saya wajib sokong Tun M, saya tampil kepada semua nyatakan sokongan saya. Tetapi apa dia buat - dia kunci kepimpinan tertinggi dengan 'undi kuota' dan 'undi bonus'," katanya.

Najib berkata sebagai Presiden UMNO, beliau membuat pelbagai keputusan secara rundingan bersama dengan  Zahid serta pemimpin UMNO yang lain dan hasil daripada langkah itu hari ini, UMNO menjadi sebuah parti yang lebih terbuka.

‘Siapa yang lebih diktator dalam parti. UMNO bukan saya punya malah lebih terbuka hari ini daripada masa-masa yang lalu, saya cuma pemimpin yang jadi pemimpin kerana sokongan daripada ahli-ahli UMNO,’ katanya.- 13/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 809  tetamu dalam talian