14Disember2018

Tengku Adnan ditahan SPRM untuk didakwa Khamis

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ditahan di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya petang Rabu ketika hadir untuk beri keterangan berhubung isu penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
 
Difahamkan Ahli Parlimen Putrajaya dan Bendahari UMNO Malaysia itu akan didakwa esok Khamis berhubung siasatan kes  97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas lebih 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion.
 
Pada 30 Oktober lalu dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat Tengku Adnan mengakui SPRM memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah DBKL.
 
Beliau turut membuat penjelasan tidak mempunyai kaitan dengan kelulusan penjualan tanah di Wilayah Persekutuan.
 
“Berkenaan masalah tanah di Wilayah Persekutuan, waktu saya ambil alih sebagai menteri pada 2013, saya pulangkan kepada Jabatan Perdana Menteri.
 
“Saya tiada kena mengena dengan kelulusan tanah di Wilayah Persekutuan,” katanya.
 
Sumber berkata, Tengku Adnan ditahan jam 3.15 petang selepas tiba di Ibu Pejabat SPRM  bagi memberi keterangan berhubung isu penjualan tanah milik DBKL.
 
“Beliau  sudah sampai ke SPRM dan sebaik tiba beliau terus ditahan,” katanya ketika dihubungi.- 14/11/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 302  tetamu dalam talian