25September2017

Tanpa jiwa besar pemimpin PAS... Azmin tak jadi MB

Jeng jeng jeng... PAS tidak perlukan warkah dari penjara untuk mengajar tentang politik kepada mereka kerana tanpa jiwa besar pemimpin PAS yang membelai dan mengasuh bayi PKR dengan penuh kesabaran selama ini, PKR tidak akan mampu berada dalam kedudukan seperti sekarang.

 AJK PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata cukup dengan warkah dari Allah dan Rasul untuk mengajar jalan mana yang perlu dipilih.

“Kalau nak bercakap tentang soal bagaimana seorang pemimpin perlu berjiwa besar dan meletakkan kepentingan rakyat dan negara di hadapan, maka kita mempunyai kisah panjang untuk dinukilkan bagaimana jiwa besar yang dimiliki oleh pemimpin PAS dalam berfikir dan bertindak.”

“Tanpa jiwa besar pemimpin PAS, Datuk Seri Azmin Ali tak akan duduk di kerusi Menteri Besar seperti sekarang,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Azman juga menambah bahawa tiada masalah kalau jasa besar PAS dinafikan sebab PAS pun dah lepaskan PKR bina kehidupan sendiri.

“Pandai-pandailah hidup sendiri dan cari makan sendiri. Kalau berbalah sesama sendiri pun janganlah sampai heboh seantero dunia. Malu kokram,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa parti Islam itu tidak pandai berbelit-belit.

“Dalam apa jua rundingan, syarat PAS ialah sama ada kepentingan Islam terjaga atau terabai. Jaga Islam maka perkara lain akan terjaga. Abaikan Islam maka kita akan lihat betapa kucar-kacirnya semua urusan.”

“Dalam Islam tak ada istilah pintu rundingan tertutup rapat. Kita tutup pintu, tapi kunci kita pegang di tangan. Kunci pintu mesti dipastikan berada di tangan pemimpin yang faham siyasah Islam,” katanya lagi.-5/9/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 476  tetamu dalam talian