19Jun2018

Tanah Jalan Semarak KL kembali milik Felda minggu depan…

Nampaknya Rafizi Ramli dan gengnya sudah putus modal untuk main lagi isu tanah Felda di Jalan Semarak Kuala Lumpur yang baru-baru ini diselubungi kontroversi ditukar milik secara yang dicurigai.

Isu itu dijangka beres sepenuhnya minggu depan.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad memberitahu Ahad bahawa semua urusan untuk kembalikan tanah itu jadi milik penuh Felda berjalan lancar.

“Kita dah pegang geran tanah, semua tanda tangan yang diperlukan kita dah dapat,” katanya ketika berucap dalam program Karnival Orang Felda di Felda Ulu Belitong, di Keluang.

Menurutnya minggu depan semua tanah di Felda Semarak akan kembali kepada Felda.

Tanah berkenaan yang dianggar bernilai RM270 juta kini sedang dibangunkan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

Kontroversi membabitkan tanah itu tercetus selepas timbul pendedahan Felda berisiko kehilangan tanah miliknya menerusi transaksi pindah milik yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.

Pihak pemaju KLVC Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) telah bersetuju kembalikan tanah berkenaan kepada Felda tanpa kos.

Isu itu menjadi mainan pembangkang dan berbagai dakwaan disebar menerusi media sosial.- 4/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 540  tetamu dalam talian