25September2017

Tak beraya... 14 orang sesat dalam hutan sejak minggu lepas

Dalam suasana sambutan Aidilfitri di seluruh negara, ramai yang dikejutkan dengan berita kehilangan 14 orang penduduk kampung Paris Satu Kinabatangan dalam hutan simpan di Lahad Datu.

Asal ceritanya lima orang yang masuk hutan untuk menangkap ikan sejak 21 Jun tak balik-balik, pada 23 Jun sembilan orang lagi sanak-saudara mereka yang masuk hutan untuk mencari yang hilang juga tak ada khabar berita.

Berikutan aduan yang dibuat ahli keluarga, polis, bomba dan jabatan perhilitan dengan kekutan 80 orang memulakan gerakan mencari besar-besaran pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superitenden A. Sahak Rahmat berkata, kesemua mereka ditemui selamat pada petang Selasa.

"14 orang yang dikhuatiri hilang di Hutan Simpan Ulu Segama dekat Kinabatangan ditemui selamat," kata A. Sahak.

“Menurut laporan, pada Rabu lalu kira-kira 2.30 petang, seramai lima lelaki menggunakan dua kenderaan pacuan empat roda menuju ke Sungai Bilong di hutan itu untuk mencari ikan.

"Sehingga Jumaat, semua mangsa tidak pulang dan gagal dihubungi. Kemudiannya, sembilan penduduk kampung termasuk ahli keluarga mangsa melakukan pencarian pada hari berkenaan.

"Kumpulan itu pada awalnya sempat menemui dua kenderaan pacuan empat roda yang digunakan lima mangsa hilang. Namun, kumpulan itu turut dilaporkan hilang dan gagal dihubungi sehingga hari ini," katanya.

A Sahak berkata, sejurus laporan diterima, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan.

"Setakat pagi ini, tempat dipercayai mangsa berehat dengan bekas plastik bungkusan makanan dan kotak rokok kosong dipercayai milik mangsa ditemui dalam hutan berkenaan.

“Usaha mengesan mangsa giat dijalankan dengan menumpukan sekitar 2.2 kilometer dipercayai jejak mangsa bergerak masuk.

“Bagaimanapun, motif dan punca kejadian sebenar masih dalam siasatan lanjut," katanya.-27/6/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 856  tetamu dalam talian