23November2017

Tahukah anda...ini gara-gara durian Malaysia di China

Ini satu cerita agar menarik.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Shabery Cheek bagitau kisah ini dalam sidang Dewan Rakyat Khamis.
 
Tahukah anda setakat ini ada dua benda di China yang telah buat orang berbaris sangat panjang.
 
Satu ialah untuk beli telefon bimbit baru iPhone X ...dan satu lagi untuk beli durian dari Malaysia.
 
Shabery baru saja pulang dari Naning ,China untuk hadir acara prpmosi durian Musang King Malaysia di sana.
 
( Gambar atas orangramai di Naning .China terpaksa berbaris sekitar tiga jam untuk rasa seulas durian Malaysia.Gambar ini dari facebook Datuk Seri Shabery Cheek semasa acara promosi durian Malaysia) 


 
Beliau beritahu demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) masa sesi soal jawab.
 
Ini ekoran  Lim Guan Eng (DAP-Bagan) telah menyalahkan kerajaan mengeksport durian ke China penyebab harga durian tempatan naik.
 
Shabery menjelaskan pengeluaran durian yang kurang 20 pada musim ini adalah penyebab kenaikan harga dan bukan kerana eksport ke China.
 
Beliau memberitahu permintaan durian di China merupakan sumber kekayaan baru kepada petani Malaysia.
 
Usaha untuk eksport durian ke China telah dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.- 9/11/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 645  tetamu dalam talian