22September2018

SPRM tiada kes untuk dakwa Taib Mahmud setakat ini…

SPRM setakat ini tidak ada sebarang kes untuk dakwa Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Taib Mahmud salahguna kuasa sekalipun 15 kertas siasatan telah dibuka mengenai laporan diterima terhadapnya.
 
Ketua Persuruhjaya SPRM Datuk Seri Shukri Abdull kata ini kerana siasatan keatas semua laporan yang dibuat dapati bukan bekas Ketua Menteri Sarawak itu sendiri yang membuat keputusan dalam pemberian projek,tanah dan lain-lain pada saudara maranya.
 
Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalan dalam sidang akhbar Selasa mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir di Jakarta bahawa siasatan keatas Taib Mahmud boleh dibuat jika ada laporan.
 
Shukri menjelaskan sejak beberapa tahun kebelakangan ini SPRM telah membuka 15 kertas siasatan terhadapnya.
 
”Memang betul..sebahagian ditomah….masalahnya Taib Mahmud tidak buat keputusan...maksudnya dia tidak seat for the meeting.Dalam undang-undang seseorang yang seat for the meeting and make decision baru dikira salahguna kuasa.
 
“Tapi tidak ada satupun dia pengerusikan mesyuarat buat keputusan…orang lain yang buat keputusan...sebab itu kita sudah serahkan kepada pejabat Peguam Negara fail-fail ini dan setakat ini memang tidak ada kes tidak boleh nak kaitkan..
 
”Kecuali kita terima maklumat baru (contohnya) ada arahan belakang tabir...ada saksi-saki...keterangan baru tapi setakat ini dia tidak buat keputusan untuk tanah ke..projek ke pada saudara mara dia...maka undang-undang tidak benarkan kita ambil tindakan pada orang yang tidak buat keputusan,”kata Shukri.- 3/7/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 452  tetamu dalam talian