10Disember2018

SPRM tahan Rosmah untuk didakwa esok Khamis…

Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan oleh SPRM petang Rabu dan akan didakwa di mahkamah esok Khamis berkaitan pengubahan wang haram.
 
Isteri bekas Perdana Menteri itu ditahan pada pukul 3.20 petang ketika sedang beri keterangan di ibupejabat SPRM di Putrajaya.
 
Rosmah dipanggil oleh SPRM bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd. iaitu bekas subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain kes penggubahan wang haram.
 
Beliau tiba di situ pada jam 10.42 pagi bersama beberapa orang peguam.
 
SPRM dalam satu kenyataan berkata, Rosmah ditahan selepas ia mendapat keizinan untuk mendakwa isteri bekas Perdana Menteri itu daripada Pejabat Peguam Negara.
 
“Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
 
“Isteri bekas Perdana Menteri itu ditahan pada pukul 3.20 petang ini, beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi esok untuk pertuduhan,” katanya.- 3/9/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 325  tetamu dalam talian