23Oktober2017

SPRM sita RM29 juta lagi, kes seleweng dana kementerian

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyita RM29 juta lagi, dalam siasatan terbaru mengenai penyelewengan dana oleh sebuah kementerian di Sabah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad membuat pendedahan itu dalam ucapannya sempena Persidangan Antarabangsa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan kali ke-9 di Kuala Lumpur Khamis.

"Semalam kami telah menyita lebih RM150 juta dalam akaun bank, dalam kes penyelewengan terbaru di Sabah dan saya baru sahaja diberitahu tadi, RM29 juta lagi dibekukan hari ini," katanya.

Semalam, lebih RM150 juta wang tunai dirampas dalam operasi yang dijalankan oleh pegawai penyiasat di 15 lokasi di Sabah.

Bagaimanapun, SPRM masih belum mendedahkan nama kementerian berkenaan.- 5/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 819  tetamu dalam talian