17Januari2018

SPRM serbu agensi kerajaan P.Pinang yang terlibat projek mega

Ada yang tak beres dengan projek mega tapi tidak menjadi ini, iaitu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Ini selepas beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), yang mempunyai kaitan dengan projek tersebut diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Operasi berkenaan dilakukan jam 9 pagi tadi, turut menyerbu beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di sekitar negeri ini.
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata serbuan itu dibuat bagi membantu siasatan kes berkaitan projek mega, yang akan menghubungkan Persiaran Gurney, ke Bagan Ajam di Seberang Perai Utara.
 
Beliau berkata, pihaknya akan meneliti dokumen yang dirampas dalam serbuan itu bagi memastikan siasatan lebih menyeluruh dapat dijalankan.
 
"Kita ambil dahulu semua dokumen berkaitan projek ini untuk meneruskan siasatan serta untuk kaji isu berbangkit mengenai projek terowong dasar laut.
 
"Serbuan ini dibuat berdasarkan bukti baharu berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut yang dikemukakan kepada SPRM," katanya seperti dilaporkan BH Online.
 
Difahamkan, SPRM menyerbu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian di KOMTAR dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri di Jalan Sungai Pinang, di sini.
 
Selain itu, pejabat syarikat pemaju Ewin-Zenith Sdn Bhd, 555 Capital Sdn Bhd dan Konsortium Zenith di sekitar negeri ini.
 
Sabtu lalu, Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat laporan kedua dan mengemukakan bukti baru kepada SPRM berhubung projek terowong dasar laut dirangka kerajaan DAP Pulau Pinang.
 
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.
 
Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaannya yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran membabitkan pertukaran tanah kerajaan negeri.
 
Pelaksanaannya juga dibantah dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.
 
Oktober tahun lalu, Kerajaan DAP Pulau Pinang mengakui gagal menyerahkan laporan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut kepada Kementerian Kerja Raya, dengan alasan jangkaan pelaksanaan projek terbabit masih lambat, iaitu pada 2023.-10/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 719  tetamu dalam talian