SPRM sahkan Annuar tidak didakwa...
- Terakhir dikemaskini: 13 Disember 2017
- By BNBBC.MY

Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa tidak akan didakwa dalam kes penajaan pasukan bola sepak Kelantan dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Memetik laporan Sinar Online, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki (SPRM) berkata, pihak pendakwa raya sudah meneliti kertas siasatan isu berkenaan.
“Setelah diteliti, diputuskan oleh pendakwaraya untuk tidak mendakwa Annuar.
“Ini kerana keterangan-keterangan yang diambil serta bukti yang dikumpul setakat ini tidak mencukupi untuk mendakwanya,” katanya Rabu.
Pada Februari, Annuar dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes itu.-13/11/2017
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.