09Disember2018

Siri 1: Surat terbuka Lokman Adam... PRK ini referendum rakyat

Hari ini saya telah diamanahkan oleh Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional serta Kepimpinan UMNO Kota Raja untuk bertanding mewakili Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil DUN N49 Sungai Kandis.

Sungguhpun amanah ini sangat berat, namun saya yakin, berkat gerak kerja yang tersusun dan strategi yang betul, serta dengan sokongan saudara-saudari sekalian, misi mustahil ini pasti mampu kita tukar menjadi kemenangan.

Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil ini sangat penting kerana ianya pilihanraya yang pertama selepas Pakatan Harapan menjadi pemerintah negara ini. 

Pilihanraya ini umpama referendum rakyat samaada mereka berpuashati dengan janji-janji yang telah dimungkiri atau bangkit menghukum Pakatan Harapan dipeti undi. 

Pakatan Harapn juga akan diadili samaada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu redho melihat Institusi-institusi Islam diperlekeh, hak istimewa orang Melayu diperkotak-katikkan, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dipersenda serta Kedudukan Raja-Raja Melayu yang mula dipersoalkan, malah diaibkan dengan fitnah melampau.

Saya terima amanah berat ini dengan kepercayaan bahawa Allah swt sentiasa bersama orang-orang yang benar. 

Langkah kita di Sungai Kandis kali ini harus dijadikan langkah pejuang yang akan membela nasib rakyat, bukan hanya di Sungai Kandis, malah sebahagian besar rakyat Malaysia seluruh negara yang merasa tertipu dengan janji manis Pakatan Harapan dan yang termakan fitnah yang kini jelas hanya rekaan.

Ayuh kita bangkit memberikan yang terbaik bagi memastikan kemenangan rakyat dalam pilihan raya kecil ini.-21/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 393  tetamu dalam talian