24Ogos2017

Siasatan RCI forex 10 hari…antara 21 Ogos hingga 21 September

Istana Kehakiman di Putrajaya menjadi tumpuan Selasa bila prosiding pembukaan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) semasa pentabiran Tun Dr Mahathir Mohamad bermula.
 
Ramai wartawan dan jurugambar ‘berkampong’ di situ untuk membuat liputan prosiding hari pertama yang berlangsung dari 9.35 hingga 10.30 pagi saja.
 
Bekas Perdana Menteri dan begitu bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim – antara yang menjadi orang utama beri keterangan pada prosiding itu tidak hadir.Sebliknya mereka diwakili oleh peguam masing-masing.
 
RCI berkenaan dibentuk bagi menyiasat kerugian AS$$10 bilion dalam tukaran mata wang asing Bank Negara Malaysia pada 1990-an.Kerajaan buat keputusan itu ekoran laporan Pasukan Petugas Khas (PPK) mengenai kerugian itu antara lain dapati ada kes prima facie.
 
RCI itu diketuai Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, yang dilantik sebagai Pengerusi suruhanjaya dan dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said serta Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan.
 
Selain itu, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia dan bekas rakan kongsi firma Ernst & Young, K Pushpanathan.
 
Prosiding hari pertama menerima permohonan Peguam Mohamaed Haniff Khatri Abdullah dan R Sivarasa, yang masing-masing bertindak sebagai peguam pemerhati Dr Mahathir dan Anwar agar Sidek dan Saw tarik diri dari penal kerana dakwa mereka tidak sesuai.
 
Mereka juga mahu terlibat aktif menyoal balas saksi semasa prosiding.
 
RCI telah menolak permohonan agar Sidek dan Saw tarik diri.
 
Mengenai permohonan untuk soal balas saksi,RCI berpendirian ia akan kendali fungsi itu bukan mereka.
 
Mereka perlu dapat kebenaran untuk berbuat demikian dan kebenaran itu bergantung kepada keadaan.
 
RCI menetapkan selepas ini prosiding selama 10 hari dan terbuka kepada orangramai.
 
Prosiding 10 hari itu ialah pada 21,24,29,30 Ogos dan 6,7,18,19,20,21 September.
 
Sesi prosiding pagi bermula pada 9 pagi hingga 12.30 tengahari manakala  sebelah petang dari 2.30 hingga 5 petang.

Hasil siasatan akan dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong pada 13 Oktober.- 8/8/2017 - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 821  tetamu dalam talian