26September2018

Shahrir baca pantun rai kejayaan Felda dapat balik 16 lot tanah Jalan Semarak

Ini cuma satu jenaka dari Tan Sri Shahrir Samad.Beliau bertanya pada wartawan ‘tidakkah anda mahu ucap tahniah pada saya’.
 
Beliau sengaja jolok jenaka itu diakhir sidang akhbarnya di Menara Felda,Kuala Lumpur pagi Jumaat ketika mengumumkan kejayaan agensi itu dapat balik secara rasmi hak milik keatas 16 lot tanah di Jalan Semarak.
 
Tanah yang sebelum ini diselubungi oleh kontroversi dipindah milik secara meragukan kepada syarikat  Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) yang membangunkan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di situ kini sudah didaftar balik atas nama Felda.
 
Sidang akhbar selama lebih sejam itu agak menarik.

Apa tidaknya buat pertama kali Shahrir bacakan beberapa rangkap pantun untuk gambarkan usaha bersepadu dan kejayaan mendapatkan balik tanah yang strategik itu atas nama Felda.
 
Malah secara sinis kata untuk elak puak tertentu putarbelit dan kelirukan lagi pasal kejayaan itu beliau meminta wartawan dan jurugambar sama-sama tolong kira geran tanah yang tertera nama Felda.
 
Semua 16 lot itu dipindah milik kepada nama SPSB pada hujung tahun 2015 dan 2016.
 
Shahrir kata 14 lot tanah berkenaan didaftar balik pada nama Felda pada 2 Mac baru ini dan baki dua lot pada 8 Mac.
 
Katanya berikutan ini pihak Jawatankuasa Khas Rundingan Felda yang dilantik pada 8 Februari lalu akan memulakan rundingan dengan SPSB untuk tambahbaik terma dan syarat perjanjian pembangunan tanah yang telah dibuat pada Jun 2014.
 
Isu hak milik tanah Felda itu terbongkar pada Disember lepas, apabila sebuah akhbar tempatan mendedahkan Felda berisiko kehilangan tanah miliknya bernilai RM270 juta bagi tujuan pembangunan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) menerusi transaksi pindah milik yang diragui sejak 2015.
 
Berikutan ini pada 15 Januari lalu Felda dan SPSB telah mencapai persefahaman untuk kembalikan hak milik tanah itu atas nama Felda tanpa kos.- 9/3/2018- OLEH MOHAMED HAZRIL
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 474  tetamu dalam talian