23Oktober2017

Shafie akan ditangkap jika ada bukti - SPRM

Tiada siapa yang kebal daripada undang-undang... Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menahan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal jika didapati bertanggungjawab dalam penyelewengan dana kebajikan kementerian itu antara tahun 2009 hingga 2015.
 
Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ada bukti diperoleh yang mengaitkan pembabitan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu.
 
“Kita akan panggil sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan. Jika ada keperluan, kami akan tangkap,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Mohd. Shafie bakal ditahan memandangkan pemimpin itu menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika penyelewengan itu berlaku.
 
Loji tersebut yang kononnya ‘siap’ pada tahun 2015 menimbulkan keraguan apabila dibina di sungai yang cetek, malah tiada sistem saliran untuk menyalurkan air kepada 4,000 penduduk di kawasan sekitarnya sehingga terpaksa bergantung kepada air perigi sejak 30 tahun lalu.
 
Minggu lalu, SPRM yang membuka kertas siasatan terhadap Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mendapati sebanyak RM1.5 bilion diseleweng daripada RM7.5 bilion peruntukan kerajaan yang disalurkan antara 2009 hingga 2015.
 
Berikutan itu, lebih 10 akaun mengandungi RM179 juta dibekukan dan sehingga hari ini tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.
 
Individu terbaharu ditangkap kelmarin ialah Hamid Apdal, 52, iaitu adik Mohd. Shafie kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan akaun yang telah dibekukan.
 
Enam lagi yang ditahan ialah Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony, 46; bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Norhartarty Rahmat, 40; ahli perniagaan, Yu Sin Kong, 52; Ketua Wira Wa­risan, Datuk Mohd. Azis Jamman; Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim.

Sementara itu, Dzulkifli berkata pihaknya akan memanggil saksi-saksi lain dalam tempoh terdekat ini bagi membantu siasatan.
 
"Kita akan panggil semua yang terlibat, termasuk sesiapa yang boleh membantu siasatan kerana isunya kita melihat lebih 70 projek di Sabah melibatkan dana peruntukan RM1.5 bilion diseleweng.
 
"Ini termasuk akan melakukan tangkapan cuma beri masa kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," katanya.
 
Mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Warisan Sabah Junz Wong bahawa partinya bersedia disiasat SPRM, Dzulkifli berkata siasatan pihaknya bukan berdasarkan parti politik tetapi melihat kepada penglibatan salah guna kuasa dan rasuah terhadap peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk pembangunan luar bandar di Sabah.
 
"Lihat dari sudut tangkapan bukan anggota Parti Warisan Sabah sahaja yang ditahan. Pendirian siasatan SPRM adalah berdasarkan keterangan yang diperoleh, dan akan diperoleh tanpa melihat sudut penglibatan parti politik kerana isu rasuah dan salah guna kuasa adalah lebih daripada politik," katanya.-13/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 730  tetamu dalam talian