19Ogos2018

Semua 4 parti Sarawak umum keluar BN ...

Ini adalah adat politik...tiada kawan yang kekal dan tiada musuh yang kekal.Hal seperti ini bukan luar biasa dan berlaku dalam kancah politik di serata dunia.
 
Bila kalah kawan lompat keluar dan bila menang semua nak rapat.
 
BN pada Selasa kehilangan 18 kerusi Parlimen bila semua empat parti komponen di Sarawak yakni PBB,PRS,SUPP dan PDP umum keluar BN.
 
Empat parti berkenaan membentuk ikatan baru yang dinamakan “Gabungan Parti Sarawak" (GPS).
 
Pengumuman ini dibuat oleh Ketua Menteri Abang Johari Openg ddalam sidang akhbar di Kuching.
 
Katanya GPS tidak akan sertai Pakatan Harapan tetapi akan berkerjasama dengan kerajaan pusat untuk kepentingan rakyat dan negeri itu.

Kalangan pemerhati politik tidak terkejut dengan langkah ini.

Mereka menilai ia sudah dijangka melihat pada pergerakan kalangan empat parti politik berkenaan sejak BN tewas PRU14.- 12/6/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 498  tetamu dalam talian