26Jun2017

Sembilan penceroboh Lahad Datu dihukum gantung sampai mati

Keadilan untuk semua.... akhirnya Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan rayuan pendakwaraya dan memutuskan sembilan daripada 16 tertuduh kes pencerobohan Lahad Datu empat tahun lalu dihukum gantung sampai mati.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sebelum ini menghukum mereka penjara sepanjang hayat selepas didapati bersalah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah Februari 2013.
 
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Zawawi Mohd. Salleh yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim menetapkan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwa raya.
 
Mereka terdiri daripada anak saudara kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Jamalul Kiram III, Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 54; Julham Rashid, 70;  Virgilio Nemar Patulada, 53; Salib Akhmad Emali, 64;  Tani Lahad Dahi, 64; Basad H. Manuel, 42;  Ismail Yasin, 77; Atik Hussin Abu Bakar, 46; Al Wazir Osman, 62.
 
Mahkamah mengekalkan sabitan dan mengubah hukuman penjara sepanjang hayat yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 26 Julai tahun lalu kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.
 
Anggota kumpulan pengganas itu disabitkan melakukan kesalahan itu di beberapa tempat berbeza di Kampung Bakau dan Kampung Peringi di Semporna, Kampung Madai di Kunat, Ladang Atlas 2 di Jalan Ulu Tungku dan Kampung Tanduo di Lahad Datu di antara 9 Februari 2013 dan 13 Mac 2013.-8/6/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 759  tetamu dalam talian