19Jun2018

Semalam rosak...kereta kabel Langkawi terus jadi tumpuan

Biasanya selepas satu kejadian gempar ada orang akan kecut perut atau lebih berhati-hati.Namun lain ceritanya dengan kereta kabel Langkawi SkyCab yang menjadi salah satu tarikan utama di pulau lagenda itu.
 
Orangramai terus berpusu-pusu untuk naik kereta kabel untuk ke puncak Gunung Mat Chincang pada Isnin sekalipun baru semalam berlaku kerosakan sistem yang akibatkan ramai terkandas selama beberapa jam.
 
Jumlah orangramai yang direkod masih dalam purata harian iaitu antara 3,000 hingga 5,000 penumpang.
 
Pengarah Panorama Langkawi Sdn Bhd Datuk Azizan Noordin memberitahu wartawan Isnin ketika kereta kabel itu menyambung kembali perkhidmatannya pada 12 tengah hari ini, lebih 3,000 pelancong sudah beratur di kaunter tiketnya.
 
"Keadaan macam hari biasa juga. Apabila kami menyambung kembali operasi, sejumlah besar penumpang sudah beratur untuk membeli tiket dan ini tidak termasuk mereka yang telah membuat tempahan lebih awal, " katanya.
 
Tiada pelancong yang membatalkan rancangan mereka untuk menaiki kereta kabel ini, yang dikendalikan Panorama Langkawi, sebuah anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).-19/2/2018
 
 
 
 
Drama kereta kabel Langkawi rosak…
 
 
Insiden ini macam drama suspen dalam filem barat.Lokasinya di Gunung Mat Chincang, Langkawi.
 
Gara-gara sistem kereta kabel dari stesen puncak ke stesen bawah di Oriental Village mengalami kerosakan kira-kira 5.48 petang tadi lebih 1,000 terkandas selama beberapa jam.
 
Langkawi penuh sesak dengan pelancongan tempatan dan luar kerana cuti Tahun Baru Cina.
 
Yang mendebarkan 88 penumpang terperangkap dalam 16 gondola akibat kerosakan itu.
 
Seramai 750 penumpang dan 42 orang kakitangan terkandas di stesen puncak manakala 210 penumpang serta 36 kakitangan terkandas di stesen tengah.
 
Mereka yang terperangkap dalam 16 gondola berjaya diselamatkan pada pukul 9.50 malam.
 
Manakala semua yang berada di stesen puncak mangsa berjaya dipindahkan pada 11 malam.
 
Seramai 46 anggota bomba dan penyelamat terlibat dalam operasi itu.- 18/2/2018
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 532  tetamu dalam talian