18Ogos2018

‘Saya mahu kebenaran’…kata Irwan Siregar selepas buat laporan SPRM pasal duit GST RM18 billion

KEMASKINI : Buka setakat cakap kosong saja menafikannya….pada Jumaat bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah membuat laporan di SPRM berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng kehilangan RM18 bilion dalam dana amanah pembayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST).
 
Selepas buat laporan SPRM pada sebelah pagi pada petang pula beliau akan buat laporan polis.
 
Semalam Khamis Irwan yang ditemui wartawan menafikan wang berkenaan hilang atau disalahguna kerajaan BN dulu.
 
Ditemui wartawan sejurus keluar dari dari ibupejabat SPRM di Putrajaya beliau berkata," saya buat laporan kerana saya mahu kebenaran."
 
Katanya SPRM beri jaminan akan siasat kes itu.
 
Beliau masuk ibupejabat SPRM jam 9.30 pagi dan keluar dua jam kemudian.
 
Katanya dakwaan Guan Eng tidak berasas dan mahu SPRM siasat perkara ini.
 
“ Dia (Guan Eng)  dakwa duit itu hilang.Benda (duit) itu tidak hilang tetapi masuk dalam consolidated fund,” katanya.
 
Menteri Kewangan itu dakwa dalam ucapan di Dewan Rakyat bahawa dana untuk bayaran balik GST itu kini tingga RM1.4 billion sahaja sedangkan jumlah sepatutnya RM19.4 billion.- 10/8/2018
 
 
 
 
 
 
Bekas KSU Perbendaharaan tampil bersuara nafi kerajaan BN ‘rompak’ RM18 billion wang GST….
 
 
 
 
Kalau ikut cakap bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar nampaknya Menteri Kewangan Lim Guan Eng boleh dikira kantoi habis main dakwa kerajaan BN dulu ‘rompak’ wang untuk bayaran GST sebanyak 18 billion.
 
Dakwaan itu sangat serius lebh lebih lagi Guan Eng bercakap mengenainya di dalam sidang Dewan Rakyat.
 
Jika benar ia boleh menjejaskan imej dan kredibiliti kerajaan BN dulu termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Guan Eng dalam sidang Dewan Rakyat Selasa dan Rabu dakwa sebanyak RM18 billion didapati hilang dari jumlah keseluruhan RM19.4 billion yang sepatutnya ada untuk tujuan bayaran balik GST.
 
Dakwanya wang itu telah digunakan untuk tutup defisit,biaya projek dan buat sesuka hati.
 
Irwan Siregar pegawai kerajaan nombor satu di Kementerian Kewangan waktu itu yang ditemui wartawan Khamis menafikan kerajaan BN dulu salahguna RM18 billion seperti didakwa.
 
Beliau menjelaskan semua hasil kutipan GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan sebelum disalurkan kepada tabung amanah untuk membayar tuntutan balik GST berdasarkan permintaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
 
Menurutnya, prosedur tersebut termaktub di bawah Akta Prosedur Kewangan 1957 di mana maklumat itu boleh didapati daripada Jabatan Akauntan Negara dan Bahagian Fiskal, Kementerian Kewangan.
 
"Dalam mesyuarat bulanan pengurusan aliran tunai kerajaan pusat, pihak Kastam akan membentangkan keperluan dana untuk membuat bayaran balik dan jumlah tertunggak yang perlu dibayar.
 
"Berdasarkan keperluan mereka (Kastam) dan kedudukan hasil kerajaan, mesyuarat akan membuat keputusan berapa jumlah peruntukan kepada tabung amanah itu perlu dibuat," katanya.
 
Guan Eng ketika membentangkan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat Rabu mendedahkan terdapat sejumlah RM19.4 billion dalam tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak pelaksanaannya pada April 2015 sehingga 31 Mei lalu.
 
Katanya rekod JKDM mengesahkan daripada jumlah tunggakan tersebut, sebanyak RM9.2 billion atau 47 peratus adalah pada tahun ini; RM6.8 billion (35 peratus) pada 2017; RM2.8 billion (15 peratus) pada 2016 dan RM600 juta (3 peratus) pada 2015.
 
Bagaimanapun, Guan Eng mendakwa baki sedia ada dalam tabung bayaran balik GST hanyalah sekitar RM1.49 bilion sahaja, menandakan terdapat kekurangan kira-kira RM18 bilion.
 
Memberikan contoh bayaran tuntutan balik GST pada tahun lepas, Irwan Serigar berkata pihak Kastam telah membayar tuntutan berjumlah RM23 bilion iaitu 34 peratus daripada jumlah pungutan GST.
 
Menurutnya, difahamkan sebanyak RM15 bilion lagi tuntutan tertunggak pada tahun lepas masih memerlukan verifikasi, siasatan dan proses pengauditan bagi memastikan tiada fraud atau tuntutan palsu.
 
"Setiap sen dikira. Ia wang rakyat. Sebab itulah betapa pentingnya wang ini dikredit ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
 
"Apabila diperlukan, wang itu itu akan dikeluarkan (daripada Kumpulan Wang Disatukan)," katanya.
 
Irwan Serigar berkata jika tuntutan balik adalah jelas, pihak Kastam akan membuat bayaran dalam masa 14 hari, namun sekiranya terdapat keraguan dan kes tuntutan palsu yang memerlukan siasatan dan pengauditan lanjut, ia akan memakan masa yang lebih lama.
 
"Secara kesimpulannya tiada berlaku kehilangan dana," katanya, sambil menambah beliau sedia memberi kerjasama sekiranya pihak kerajaan memerlukan maklumat berkenaan perkara itu.
 
Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis berkenaan kenyataan Guan Eng yang mengaitkan dirinya dengan dakwaan kehilangan dana itu,Irwan Serigar berkata beliau tiada perancangan untuk berbuat demikian setakat ini.- 9/8/2018
 
 
 
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 469  tetamu dalam talian