19Oktober2017

Saya dipukul dengan kayu belati, ditendang - Duta Malaysia ke Chile

"Saya dipukul dengan kayu belati, ditendang dan mereka hampir menikam perut saya," kata Duta Besar Malaysia ke Chile Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya, 48, menceritakan saat getir dialaminya ketika kediaman rasminya di Las Condes, Santiago, dipecah masuk pada Isnin.
 
Beliau berkata keluarganya mengalami trauma yang melampau akibat kejadian itu termasuk isterinya yang terpaksa mendapatkan bantuan perubatan kerana hampir mengalami serangan jantung akibat kesukaran bernafas.
 
"Isteri saya diugut...mulut, tangan dan kakinya diikat dan ditiarap. Sangat menyedihkan apabila tangan dan kaki anak-anak saya juga diikat kecuali anak lelaki sulung.
 
"Lima anak saya tidur bersama saya dan isteri pada hari kejadian di bilik utama. Perompak cuba mengumpil bilik anak lelaki saya berumur 14 tahun yang tidur di bilik atas tetapi tidak berjaya.
 
"Badan saya masih sakit-sakit dan lemah akibat dipukul. Pada masa kejadian berlaku saya berfikir kalau mati... matilah," katanya dalam keadaan sebak ketika dihubungi Bernama.
 
Beliau berkata akibat daripada kejadian tersebut, kedua orang anak kecilnya mengalami demam panas dan beliau sendiri terpaksa dimasukkan ke hospital selama tiga jam.
 
Bagaimanapun, Mohamad Rameez bersyukur anggota keluarganya selamat.
 
"Telefon yang diguna pada masa ini dijumpai pihak polis di kawasan sekolah berhampiran kediaman saya," katanya.
 
Beliau berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat berhubung kejadian itu.
 
Mohamad Rameez memaklumkan beliau akan pulang ke Malaysia minggu depan selama empat hari dan akan bertemu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
 
Beliau berkata perompak berkenaan melarikan wang, barangan berharga termasuk barang kemas yang bernilai antara RM60,000 hingga RM100,000.
 
"Barangan peribadi yang hilang termasuk beg tangan, jam tangan, cincin perkahwinannya dan barang kemas pemberian arwah ibu," katanya.- 14/6/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 935  tetamu dalam talian