24Ogos2017

Saya dan PM tahu Zahid jumpa Dr Mahathir - Hishamuddin

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Hussien kata beliau dan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahu mengenai perjumpaan yang diadakan Datuk Seri Zahid Hamidi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad 10 hari selepas dilantik Timbalan Perdana Menteri pada 2015.

"Zahid jumpa Tun sebagai tanda hormat dan ingin mengetahui apa yang terbuku dalam hati Tun. Jadi di sini tiada isu," katanya.

Beliau memberitahu demikian pada sidang media lepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kangar di Kangar Ahad.

Hishammuddin berkata tiada keraguan dan syak wasangka langsung bahawa Dr Mahathir ialah individu yang hendak menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri sepertimana didedahkan Zahid yang turut mengaku mempunyai bukti dalam bentuk rakaman.

Hishammuddin berkata Dr Mahathir selama 22 tahun memerintah banyak melakukan kesilapan dan sekarang beliau berusaha mencari kesalahan pemimpin sekarang kerana mempunyai agenda tersendiri.

"Janganlah kita ikut rentak pembangkang. Mereka bukanlah malaikat yang tidak pernah buat salah," katanya dan menambah Dr Mahathir turut dilabel dengan pelbagai gelaran tidak baik selama beliau menjadi perdana menteri.

Serentak dengan itu beliau tidak mahu wujud rasa sangsi dalam hubungan dengan Najib dan Zahid.

Katanya persefahaman antara dirinya dengan Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri amat kukuh dan usaha pembangkang untuk melagakan mereka tidak akan berjaya.

"Kami mempunyai persefahaman amat mendalam. Ada amanah untuk menjaga parti selaku tunjang dan tonggak kerajaan yang kami bertiga perlu pikul dengan serius dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak melaga-lagakan kami," katanya.

Katanya beliau yakin selepas ini pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pun akan diserang pembangkang.

"Nasihat saya jangan layan tetapi tidak boleh diam diri, kena jawab juga," katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin sangat bersetuju dengan kehendak ramai supaya Dr Mahathir disiasat SPRM sepertimana yang disarankan beliau sendiri supaya pemimpin-pemimpin kerajaan disiasat.

Semalam Sabtu, Zahid berkata beliau sedia disiasat SPRM berhubung dakwaan Dr Mahathir kononnya beliau RM230 juta dalam akaun pada 1996 dan pada masa yang sama meminta SPRM menyiasat harta bekas perdana menteri itu dan keluarganya.

Baru-baru ini Dr Mahathir membangkitkan isu pengisytiharan harta dibuat Zahid semasa dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO termasuk memiliki RM230 juta dalam akaun banknya. Bagaimanapun Dr Mahathir menyatakan beliau tidak mempunyai bukti hitam putih berhubung dakwaan itu.- 6/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 763  tetamu dalam talian