20Julai2017

Sah lelaki Korea Utara yang dibunuh di KLIA2 ialah Kim Jong-nam...-TPM Zahid

Tiada lagi teka teki mengenai identiti lelaki Korea Utara yang mati dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Isnin lalu.
 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan lelaki itu sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara.
 
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri memberitahu identiti Jong-Nam disahkan polis dan selepas pasport mangsa diteliti.
 
Namun masih perlu menunggu keputusan DNA bagi pengesahan muktamad.
 
Zahid Hamidi berkata Jong-nam didapati membawa dokumen menggunakan nama Kim Chol, 
 
"Kita percaya mangsa menggunakan dua identiti, kemungkinan ini dokumen 'undercover' (penyamaran) pasport. 
 
"Mayat akan diserahkan kepada waris, menerusi pihak kedutaan, selepas semua prosedur perubatan dan siasatan polis selesai.
 
"Kemungkinan besar, waris sudah pun mengemukakan permohonan menuntut mayat menerusi kedutaan Korea Utara.
 
"Di pihak kerajaan, kita akan memenuhi permintaan bantuan sebarang kerajaan asing dan ada prosedur perlu diikuti, tapi dasar kita ialah kita mesti memenuhi perjanjian dua hala yang dimeterai dengan mana-mana negara," katanya pada sidang media di Putrajaya Khamis.
 
Sementara itu, Zahid turut menegaskan bahawa keselamatan di lapangan terbang sentiasa berada pada tahap tertinggi dengan kamera litar tertutup (CCTV) berdefinisi tinggi dan sistem keselamatan canggih.
 
Beliau berkata, pihak polis kini sedang memantau beberapa CCTV, malah pagi tadi dua tangkapan dibuat dan beliau yakin akan ada maklumat tambahan yang diperoleh.
 
"Ini adalah insiden terpencil, di bawah Akta Imigresen, kita membenarkan sesiapa sahaja memasuki Malaysia secara sah, lebih-lebih lagi kalau memiliki dokumen yang sah.
 
"Kenapa beliau (Jong-Nam) berada di sini dan kenapa mahu menaiki penerbangan ke Macau, itu adalah persoalan bagi bahagian operasi (polis dan Imigresen)," katanya
 
Zahid juga berpendapat harus ada hanya satu jurucakap berhubung penyiasatan terbabit.
 
Beliau menegaskan Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang masalah undang-undang terutama daripada segi keselamatan kerana mahu melindungi sesiapa sahaja yang berkunjung atau berada di negara ini.-16/2/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1299  tetamu dalam talian