12Disember2018

Sah…Dr Mahathir tanding di Parlimen Langkawi

Seperti diduga Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berani balik ke kawasan lamanya di Kubang Pasu atau cuba nasib di pusat pentabiran Putrajaya…beliau akhirnya pilih kawasan Parlimen Langkawi untuk bertanding pilihanraya umum ke 14.

Pengumuman ini dibuat dalam majlis ceramah Pakatan di Padang Mat Sirat Langkawi Ahad malam.

Pada ceramah itu juga diumum nama-nama calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk negeri Kedah.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan bertanding dua kerusi yakni kawasan Parlimen Jerlun dan Dewan Undangan Negeri Jitra.

Untuk kerusi Parlimen Kubang Pasu mereka turunkan Amiruddin Hamzah, Pendang Wan Saiful Wan, Baling Taufik Yaakob dan Jerai Akramshah Sanusi.

Selain Dr Mahathir ceramah itu juga disertai oleh Datuk Seri Wan Azizah Ismail Tan Sri Muhyiddin Yassin,Mohamad Sabu serta Mukhriz.- 15/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 354  tetamu dalam talian