14Disember2018

Rosmah dan bekas pembantu mengaku tidak bersalah kes rasuah projek solar Sarawak...

Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas pembantu khas beliau Datuk Rizal Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis atas tuduhan meminta dan menerima rasuah untuk projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel Bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak.
 
Ia sebagai dorongan untuk membantu Jepak Holdings Sdn Bhd mendapatkan projek itu yang bernilai RM1,250,000,000.00 secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
 
Mereka yang didakwa di mahkamah berasingan di situ masing masing dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta.
 
Mengikut pertuduhan pertama, Rosmah didakwa secara rasuah meminta bagi diri sendiri melalui Rizal  satu suapan wang berjumlah RM187,500,000.00 bagi membantu syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd mendapatkan projek tersebut.
 
Jumlah itu didakwa  merupakan 15 peratus daripada nilai kontrak projek berkenaan daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.
 
Bagi pertuduhan kedua pula, Rosmah  didakwa secara rasuah menerima bagi diri sendiri suapan wang berjumlah RM 1,500,000 daripada Saidi berhubung sebagai upah kerana membantu syarikat Jeepak Holdings mendapatkan projek tersebut secara rundingan terus.
 
Rosmah yang berbaju kurung hijau membuat pengakuan tidak bersalah seleps pertuduhan dibacakan dihadapan hakim Azman Abdullah.
 
Turut hadir di mahkamah ialah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Kedua-dua kesalahan itu  dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
 
Kes ditetapkan untuk sebutan pada 10 Disember ini.

 
Rizal  44, didakwa menerima rasuah RM500,000 bagi dirinya dan RM5 juta bagi pihak Rosmah untuk projek berkenaan.
 
Beliau turut didakwa meminta rasuah RM25 juta untuk dirinya dan bagi pihak Rosmah RM187.5 juta membabitkan projek sama.
 
Rizal mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu selesai dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Rozina Ayob.
 
Sebutan kes itu ditetapkan pada 29 November ini.- 15/11/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 548  tetamu dalam talian