22Oktober2017

RM456 juta kerajaan belanja cari MH370…Dewan Rakyat tafakur genap 3 tahun hilang

Hari ini 8 Mac genap tiga tahun MH370 hilang.Mungkin ramai yang tidak tahu berapa banyak kerajaan sudah belanja dalam pencarian pesawat MAS yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapalnya.
 
Jumlahnya bukan sedikit…RM456 juta.
 
Hal itu diberitahu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai di sidang Dewan Rakyat Rabu.
 
Pencariannya sudah digantung pada 17 Januari lalu.
 
Katanya pencarian itu melibatkan kawasan seluas 120,000 kilomiter persegi di Lautan Hindi Selatan yang dilakukan pasukan dari Malaysia,Australia dan China.
 
Sementara itu Dewan Rakyat hari ini memberi laluan khas kepada Kementerian Pengangkutan memberi ucapan sempena mengenang tragedi kehilangan MH370.
 
Liow  berkata, 8 Mac adalah tarikh yang tidak mungkin luput dalam ingatan semua kerana telah mengalami kepiluan khsusunya waris keluaga dan anak kapal yang terlibat.
 
“Meskipun telah 3 tahun telah berlalu tetapi kesannya masih terasa terutama rakan taulan serta waris mangsa turut dirasai seluruh rakyat Malaysia, 13 negara turut kehilangan warga mereka yang sangat tragis ini, tiada kata-kata dapatt melakarkan kesedihan kepiluan waris mangsa pesawat dalam meniti masa sukar,
 
“Ia akan sentiasa tersemat dalam sanubari kita, kita harapkan semua pihak terus berdoa agar dapat cari jawapan kepada tragedi ini, kerana kita bertanggungjawab dalam semua ahli keluarga tersebut, pelbagai usaha digembleng di peringkat antarabangsa, namun hasilnya meruntun hati semua,” katanya.
 
Tambah beliau, penggantungan misi pencarian bukan bermakna kerajaan terus lepas tangan daripada menemukan hasil tetapi kerajaan menunggu bukti, data dan analisa yang lebih meyakinkan untuk membuat keputusan yang lebih komprehensif.
 
“Misi pencarian pada 17 Januari lalu setelah lebih 2 tahun setengah misi dilancarkan sememangnya keputusan amat sukar dirasai semua pihak terutama waris dan keluarga mangsa, keputusan dicapai bersama kerajaan Australia dan rakyat Cina, pasti sukar dipertimbangkan namun percayalah kita semua nak jawapan khususnya ahli keluarga, kerajaan, serta rakyat Cina.
 
“Saya zahirkan penghargaan kepada kerajaan republik serta rakyat Cina bersama kita, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan semua pengurusan penggantungan dasar laut, namun hakikatnya inilah yang paling tragis kepada kita, saya juga sarankan supaya kita perlu kukuhkan solidariti dalam mengenang tragedi,” ujarnya.
 
Liow dalam ucapannya juga berharap agar ahli keluarga agar terus cekal dan kekal tabah meniti hari mendatang serta berdoa akan terus bersama diberi ketabahan dan kecekalan hati dalam meneruskan kehidupan harian.
 
Sejurus selepas ucapan tersebut, Ahli Dewan Rakyat bertafakur seminit bagi memperingati genap tiga tahun tragedi kehilangan pesawat MH370 yang membawa bersama 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac 2014.
 
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said, meminta wakil rakyat yang beragama Islam membaca surah al-Fatihah manakala Ahli Parlimen bukan beragama Islam bertafakur.- 8/3/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 986  tetamu dalam talian