21November2017

RCI forex mula Isnin...Dr Mahathir gagal minta tangguh

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mendapatkan perintah daripada Mahkamah Rayuan Jumaat untuk menangguhkan prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dijadual bermula pada Isnin.
 
Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara menolak permohonan penangguhan itu. Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim.
 
"Kami berpendapat bahawa, atas kepentingan umum, prosiding RCI mesti diteruskan," katanya.
 
Dr Mahathir mahu prosiding RCI ditangguhkan sementara menunggu pendengaran rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menolak permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman.
 
Dalam permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman, beliau memohon untuk membatalkan keputusan RCI yang menolak permohonannya untuk menggugurkan dua anggota daripada bersidang dalam panel lima anggota RCI yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing yang dialami Bank Negara pada 1990-an.
 
Pada 8 Ogos, RCI menolak permohonan Dr Mahathir untuk menyingkirkan pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan seorang daripada anggotanya, Tan Sri Saw Choo Boon, sebagai anggota suruhanjaya berkenaan.
 
Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi, ketika membenarkan bantahan kerajaan terhadap pemohonan semakan kehakiman oleh Dr Mahathir, menegaskan bahawa RCI tidak mempunyai bidang kuasa untuk melantik atau menggugurkan anggotanya.
 
Mohd Sidek menetapkan 10 hari bermula 21 Ogos bagi prosiding siasatan itu.- 18/8/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1319  tetamu dalam talian