Razif pula terkena kisah 'meninggal'...
- Terakhir dikemaskini: 11 Februari 2017
- By NOOR HASILAH ISMAIL

Tak sudah-sudah dengan cerita yang buat orang terkejut tak tentu pasal.Sebelum ini beberapa orang politik dan artis yang kena.
Pagi Sabtu tersebar di media sosial kononnya bekas pemain Badminton negara Datuk Razif Sidek meninggal dunia kerana sakit dada.
Ia disertai gambar seorang lelaki terbaring di atas katil hospital yang didakwa sebagai Razif.
Ada kemungkinan lelaki itu nama sama dan wajahnya iras Razif.
Wartawan Agendadaily sendiri menerima panggilan dari pembaca yang ingin tahu kesahihan sebaran itu.
Kebetulan isteri Razif yakni Datin Khalida Khalid dapat dihubungi.
Beliau sendiri terkejut dan segera kata berita itu palsu.
Mereka kini berada di Genting menyertai Liga Purple badminton.- 11/2/2017 - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.