26April2017

Rahman Dahlan tepis dakwaan salahguna kuasa menteri...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menafikan melakukan penyalahgunaan kuasa sebagai Menteri dengan pemberian lanjutan masa (EOT) bagi pembinaan projek kondominium kepada pemaju iaitu syarikat BHL Group of Companies.
 
Katanya dakwaan tidak berasas yang dibuat oleh DAP itu dikatakan berlaku ketika beliau memegang jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
 
“Keputusan saya ambil adalah berdasarkan kuasa yang jelas diberikan kepada menteri seperti yang dinyatakan di bawah Akta 118 (Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966,” katanya pada satu kenyataan pada Jumaat.
 
Beliau berkata keputusan memberi EOT adalah berdasarkan merit dan bukannya dipengaruhi surat sokongan.
 
“Berhubung surat sokongan, saya boleh memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua permohonan EOT diluluskan semata-mata berdasarkan merit.
 
“Malah, surat sokongan itu hanyalah formaliti dan tidak mempunyai nilai dalam menentukan kelulusan,”katanya Ahli Parlimen Kota Belud.
 
Kenyataan Rahman ini adalah berkait dengan dakwaan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramsamy yang mendedahkan bahawa laporan polis telah dibuat terhadap beliau dan isteri Peguam Negara, Puan Sri Faridah Begum KA Abdul Kader yang dikatakan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.
 
Manakala penasihat DAP Lim Kit Siang pada Selasa lalu mendakwa Faridah menulis surat kepada Rahman untuk  membuat permohonan EOT bagi dua projek di bawah syarikat itu
 
Kelulusan EOT membolehkan pemaju (BHL) itu tidak membayar ganti rugi atau pampasan tertentu (LAD) kepada pembeli rumah disebabkan menyiapkan projek kondominium lebih dari tiga tahun.-3/3/2017
 
 
 
 
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 523  tetamu dalam talian