23November2017

PRU14: Pemuda BN diminta beri idea untuk manifesto

Persiapan Pemuda Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kini berada pada peringkat akhir dengan matlamat memastikan pengundi-pengundi belia tidak dipinggirkan.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, satu jawatankuasa khas Pemuda BN akan mengumpulkan dan mengemukakan cadangan dalam masa terdekat untuk diketengahkan dan dimasukkan dalam manifesto BN kelak.

‘‘Pemuda BN berada dalam keadaan sedia untuk menghadapi PRU-14, cumanya saya telah meminta semua parti-parti komponen supaya mengemukakan beberapa idea yang boleh dimasukkan dalam manifesto BN nanti.

‘‘Pengundi muda adalah segmen terpenting dalam PRU-14, jadi dalam sebulan dua ini, satu jawatankuasa akan mengadakan perbincangan bersama bagi mengemukakan cadangan yang sesuai supaya dapat dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan BN dan menjadi sebahagian daripada manifesto yang akan memberi tumpuan khusus kepada pengundi muda dan pengundi kali pertama,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Pemuda BN di Menara Dato’ Onn pada Selasa.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairul Azwan Harun.

Sementara itu, Khairy memberitahu, Pemuda BN kekal komited untuk membantu mangsa-mangsa banjir besar yang melanda di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia terutamanya di Pulau Pinang.

‘‘Pemuda BN dan Pemuda UMNO sudah mengerahkan tenaga bantuan sejak hari pertama kejadian lagi, jadi tidak timbul sebarang isu bantuan banjir dalam mesyuarat kali ini.

‘‘Kita ada wakil-wakil UMNO, Gerakan dan MyPPP di sana malah bantuan-bantuan kita boleh dilihat dengan jelas melalui media sosial, ini bukti kita sentiasa membantu rakyat tidak kira keadaan,’’ katanya.-8/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 662  tetamu dalam talian