25April2017

Polis tolak permit... Nazri nak terus debat dengan Tun M

KEMASKINI Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Nazri Aziz berkeras mahu meneruskan debat dengan Tun Mahathir Mohamad di sebalik larangan polis.

Bekas Menteri yang menjaga undang-undang itu mempersoalkan tindakan polis yang melarang debat yang disifatkan Nazri bukan perhimpunan aman.

Ditemui wartawan di lobi Parlimen, Nazri berkata beliau menerima SMS daripada Setiausaha UMNO Padang Rengas memberitahu berita yang mengejut, mengganggu saya dan mengecewakan.

"Saya berkali-kali menyatakan ini bukan perhmpunan aman, macam Tun Mahathir Mohamad pergi ke Terengganu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pergi ke Kampung Ajil dibenarkan, kenapa wacana yang nak diadakan saya dan Tun M tidak dibenarkan,

"Ini bukan perhimpunan aman dan perlu kebenaran tempat tertentu dan itu bukan penghalang, kalau kita dapat kebenaran dari pemilik tempat, kita boleh pergi dan saya telah dapat kebenaran MARA, (Ketua Pengarah MARA) Datuk Seri Ibrahim dan berhubung dengan saya dan dia setuju dan surat telah diberi.

"Tak faham kenapa polis menolak hak saya, dia kata ada beberapa persatuan yang melapor persatuan yang menyatakan tidak bersetuju, sejak bila satu hak individu boleh dihalang sekalipun tidak melakukan kesalahan boleh dihalang orang lain.

"Saya amat duka cita ini bukan negara polis, ini Malaysia amalkan demokrasi. Saya dan Tun bukan orang yang boleh menghasut pergaduhan, saya menteri,"katanya.

Menurut Nazri beliau bukan hendak bertinju dengan Mahathir.

"Penyokong UMNO dan BN dan kerajaan jangan datang. Saya beri jaminan tidak ada apa yang berlaku. Saya bukan nak bertinju dengan Mahathir, bukan nak maki hamun, Tun boleh tanya dan saya jawab, takut saya kurang hajar, saya akan layan dengan baik, dia boss saya dan tua daripada saya,

"Saya berjanji say tidak berlaku kurang ajar.

"Ini bukan di bawah Akta Perhimpunan Aman. Ini wacana, saya tak paham kenapa polis bersikap demikian.

"Saya dah bercakap Timbalan Menteri KDN (Datuk Nur Jazlan Mohamad), dia akan cek tengok apa yngg sebab polis menolak wacana.

Ditanya mengenai dakwaan polis kononnya debat itu ditolak oleh lapan individu mewakili NGO, Nazri mempersoalkan siapa NGO tersebut?

"Ini kawasan saya, itu Parlimen saya. Saya tak fikir ada pergaduhan, bila pengundi datang saya pastikan pengundi akan behave, 10 hari itu kalau nak beri peluang kepada polis kalau Tun M pun pada 25 hb mac datang, saya akan pergi ke tempat itu, tempat yang sama (MRSM Kuala Kangsar).-21/3/2016


 

Polis tolak permohonan permit penganjur debat Mahathir-Nazri…
 
Permohonan permit oleh Kumpulan Media Karangkraf (Sinar Harian) selaku penganjur debat debat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada Sabtu ini DITOLAK oleh polis.
 
Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hasan dalam satu kenyataan pagi Selasa memberitahu antara sebab permohonan berkenaan ditolak kerana ia lewat dihantar dan faktor lokasi yakni kawasan sekolah.
 
Selain itu polis turut menerima bantahan orangramai dan penduduk sekitar lokasi menerusi lapan laporan polis.
 
BERIKUT KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS PERAK 
BERTARIKH 21 MAC 2017
 
Permohonan Perhimpunan Perbahasan Antara Tun Mahathir Bin Mohamed dan Dato' Seri Mohamad  Nazri Bin Abdul Aziz.
 
1. Pihak polis telah menerima permohonan berkenaan daripada seorang wakil penganjur dari Kumpulan Media Karangkraf. 
 
2. Dinyatakan dalam permohonan bahawa program perbahasan antara Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Ahli Parlimen Padang Rengas) dan Tun Mahathir Bin Mohamad akan diadakan pada 25/3/2017 jam 2.30 petang hingga 4.30 petang di Dewan Maktab Rendah Sains Mara, Kati, Kuala Kangsar. 
 
3. Ketua Polis Daerah (KPD) Kuala Kangsar selaku Pegawai yang Menjaga Daerah Polis Kuala Kangsar telah menerima permohonan tersebut pada 20/3/2017 jam 3 petang daripada penganjur diatas mengikut peruntukan dibawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.  
 
4. Setelah dikaji dan ditimbang sebab-sebab perhimpunan tersebut akan diadakan dan mengambilkira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar (ACP Ahmad Termizi bin Hj Abd Haq) telah menolak permohonan tersebut dan akan disusuli dengan keputusan secara bertulis yang akan diserahkan kepada pemohon pada hari ini. Penolakan ini telah dimaklum kepada penganjur semalam iaitu 20/03/2017.
 
5. Alasan-alasan penolakan permohanan tersebut adalah seperti berikut:-
 
5.1 Kelewatan mengemukakan borang pemberitahuan sepertimana yang dinyatakan dibawah Seksyen 9(1) APA 2012 iaitu pihak penganjur hendaklah membuat pemberitahuan kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis iaitu Ketua Polis Daerah 10 hari sebelum perhimpunan.  
 
2.2 Tempat perhimpunan yang dipilih iaitu MRSM Kuala Kangsar adalah kawasan sekolah dan ianya merupakan satu tempat larangan di dalam Jadual Pertama (Seksyen 3 APA 2012). 
 
2.3 Pihak polis telah menerima bantahan - bantahan secara bertulis iaitu 8 laporan polis yang dibuat oleh orang awam dan penduduk sekitar kawasan perhimpunan akan diadakan. Mereka amat bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga. Ini merupakan bantahan dari orang-orang yang berkepentingan dalam APA 2012. 
 
2.4 Jadual Ketiga APA 2012 jelas menyatakan perhimpunan / dialog seperti ini tidak termasuk dalam perhimpunan yang dibenarkan.
 
3. Pihak polis mengalu-mengalukan semua pihak supaya akur kepada arahan KPD ini dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sekiranya ianya diteruskan. 
 
 
DATO' PAHLAWAN DCP HASNAN BIN HASSAN 
PEMANGKU KETUA POLIS PERAK
21 . MAC . 2017.
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 795  tetamu dalam talian