19November2017

Polis tahan 19 suspek pengganas termasuk 11 warga negara asing

Polis menahan 19 suspek pengganas antara 4 Julai sehingga 30 Ogos lalu, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Antara yang ditangkap termasuklah rangkaian kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang berdasarkan maklumat mahu melancarkan serangan ketia acara Penutup Sukan SEA dan sambutan Hari Merdeka.

"Suspek utama berusia 25 tahun menyusup masuk ke Sandakan Sabah sebelum ke Kuala Lumpur pada Disember 2015.

"Suspek pernah terlibat dalam pertempuran dengan tentera Filipina dan menculik tebusan di negara itu,"katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Fuzi, suspek pernah mengadakan pertemuan dengan pengganas dari Malaysia Dr Mahmud Ahmad, Najib Hussein dan Juraimee Awang di Selatan Filipina sebelum menyusup ke Malaysia.

"Maklumat turut mendedahkan bahawa suspek yang ditangkap ini merancang untuk melancarkan serangan semasa upacara penutupan SUKAN SEA ke-29 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan perbarisan Hari Kebangsaan ke 60 di Dataran Merdeka,"katanya.

Selain warga Filipina tersebut, polis turut menangkap 10 warganegara asing lain termasuk daripada Bangladesh, Maldives, Iraq dan Palestin yang ada kaitan dengan pengganas Daesh.

"Lapan lagi warga Malaysia turut ditangkap dan kesemua 19 mereka disiasat dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Sosma),"ujarnya.-5/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 703  tetamu dalam talian