21Oktober2017

Polis siasat dakwaan ada kumpulan bersenjata ditemui di Felda Sahabat,Lahad Datu

Betul ke ada kumpulan lelaki bersenjata dari Selatan Filipina sudah menyusup masuk sekitar Felda Sahabat di Lahad Datu?

Polis kini sedang menjalankan siasatan rapi setelah seorang pekerja ladang di situ mendakwa bertembung dengan lima orang lelaki yang berpakaian celoreng pada petang 30 April lalu.


Ketua Polis Sabah Datuk Ramli Din meminta orangramai tidak panik dan membuat spekulasi mengenainya.

Beliau mengesahkan polis ada terima laporan dari pekerja ladang berusia 52 tahun yang berasal dari Selatan Filipina itu semalam, Mei.

Dia membuat laporan polis itu di Balai Polis Cenderawasih yang terletak dalam Felda Sahabat.

Menurutnya mereka membawa senjata termasuk M16 dan M14.

Pekerja ladang itu mendakwa ketika bertembung ,dua dari lima lelaki bersenjata itu menghampirnya untuk bertanya samada dia orang Filipina atau Indonesia.

Bila diberitahu dia orang Filipina mereka telah bertutur dalam bahasa Tagalog.

Ikut laporannya mereka kata tujuan mereka datang adalah untuk selamatkan Sabah.

Mereka juga mendakwa ada 37 orang lagi yang sudah mendarat.

Dakwaan pekerja ladang itu membawa balik kenangan pada peristiwa pencerobohan kumpulan bersenjata Sultan Sulu pada Februari 2013 di Kampong Tanduo di Felda Sahabat 16.

Dalam pertempuran di situ dan di Kampung Simunul in Semporna seramai 10 anggota keselamatan Malaysia terkorban.-16/5/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 965  tetamu dalam talian